Harun A.S – Ayat Riwayat

Harun A.S – Ayat Riwayat

Bumi Jasan, tajuk utama Ayat Riwayat untuk musim kedua ini. Pengembaraan krew Ayat riwayat kali ini membawakan penonton akan kisah Nabi Harun AS iaitu abang kepada Nabi Musa AS. Nabi Harun AS bukan sekadar abang  malah sebagai peneman dan pengikut yang amat rapat kepada Nabi Musa As. Beliau turut sekali menjadi penolong kepada Nabi Musa AS yang menegakkan syiar Islam di kalangan Bani Israel di zaman tersebut.

Tempat pertama yang dijejaki oleh krew Ayat Riwayat adalah Bukit Sinai.  Bukit Sinai yang terletak di semenanjung sinai, Mesir, menjadi tempat pertama krew. Ini adalah kerana di bukit Sinailah, Nabi Musa AS bermunajat. Sementara Nabi Musa AS bermunajat, Nabi Harun As menggantikan beliau untuk berdakwah. Sebelum bermunajat, Nabi Musa AS telah berpesan kepada Nabi Harun AS dan kaummnya bahawa beliau akan pulang setelah 30 hari bermunajat dan mendapat kalimat-kalimat dari Allah SWT. Atas kehendak Allah SWT, munajat Nabi Musa AS disempurnakan selama 40 hari. Semasa bermunajat inilah Allah SWT telah menurunkan kitab Taurat Kepada Nabi Musa AS.

Sekembalinya beliau dari bermunajat, beliau digemparkan dengan berita penyembahan patung anak lembu oleh kaumnya. Krew juga menjejaki makam Nabi Harun As di Bukit Harun, Petra, Jordan. Petra jiga dikenali sebagai The Red Rose City adalah salah sebuah bandar yang baru diisytiharkan sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia. Petra adalah nama yang diberi oleh orang-orang Yunani. Suatu masa dahulu, Petra pernah menjadi tempat perdagangan yang sangat maju. Pedagang-pedagang dari China, Mesir, Greek dan India datang ke Petra untuk perdagangan rempah. Oleh kerana kaum Nebetians yang ingkar akan arahan Allah SWT, kaum mereka dimusnahkan dan bandar Petra. Berkurun lamanya kota Petra luput dari lipatan sejarah. Walau bagaimanapun, pada tahun 1812, pengembara Switzerland telah menemui kota ini semula.