Hamil Lanjut Usia – Dr Muhaya Dot Com

Hamil Lanjut Usia – Dr Muhaya Dot Com

Dr Muhaya Dot Com Episod 26 memaparkan perbincangan mengenai isu risiko dan komplikasi bagi wanita yang hamil ketika berumur melebihi 35 tahun khususnya bagi anak pertama. Mengikut Dr. Seri Saniza Sufian (pakar sakit puan) diantara risiko berkenaan ialah genetic abnormality , masalah darah tinggi, kencing manis dan sebagainya atas sebab bilangan dan kualiti benih/telur. Umur terbaik bagi wanita mengandung ialah ketika berumur 23 tahun.

Mereka yang mengandung ketika lanjut usia perlu bersikap positif, membuat persediaan, menjaga pemakanan dan kesihatan serta penerimaan dan sokongan suami.  Puan Zarina Zakaria telah berkongsi pengalamannya ketika mengandung anak keduanya semasa berumur 40 tahun. Mengandung ketika beumur 40 tahun adalah satu anugerah kerana anak adalah rezeki ketika lanjut usia. Mengandung di lanjut umur mempunyai risiko tetapi perastusannya tidaklah begitu tinggi bergantung kepada individu.

Segmen Dapur Sihat memaparkan Dr. Hajar menunjukkan cara-cara menyediakan Oat Banana Bars dan Jus Antiksida. Dua resipi ini adalah makanan pemberi tenaga yang berkhasiat.

Segmen Rawat Jiwa kali ini menjemput En. Muhammad Mikhail Addam Chandran untuk berkongsi pengalamannya ketika
memeluk Islam, berkahwin dan usahanya mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam kepada diri dan keluarga. Usaha, doa dan tawakkal memainkan peranan penting di dalam membentuk jiwa, keperibadian Islam dan keluarga.