Halal Haram Perkahwinan – Klinik d’Hijrah

Halal Haram Perkahwinan – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah dengan tajuk halal haram perkahwinan telah memasuki episod ke 93. Paparan yang santai dari  Dr. Mohd Izhar Ariff membicarakan hikmah perkahwinan serta perkara yang halal dan haram di dalam perkahwinan.

Persoalan dari penonton setia Klinik D’Hijrah kali ini amat menarik. Dr. telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di antaranya menyentuh isu wali, wang hantaran dan mas kahwin, etika pakaian bagi pengantin lelaki dan perempuan,pembaziran di dalam majlis perkahwinan, amalan mengikut adat serta maksud sebenar nafkah batin.

Mengenai isu wali, soalan penonton adalah tentang bakal pengantin perempuan yang tidak mempunyai bapa. Siapakah yang boleh dijadikan wali selepas bapa? Kemudian, menyentuh isu wang hantaran dan mas kahwin, Doktor menjawab persoalan wang hantaran dan mas kahwin yang sepatutnya mengikut nilai yang telah diberikan oleh setiap negeri masing-masing.

Selain daripada itu, topik hangat yang selalu menjadi isu di dalam perkahwinan juga diperjelaskan di sini. Setiap pasangan pengantin baru menginginkan perkahwinan yang meriah kerana sememangnya ia akan menjadi ingatan sepanjang hidup. Oleh itu, ada pasangan yang sanggup mengikut amalan yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Contoh yang dapat dilihat di dalam masyarakat kita hari ini ialah amalan bersanding, menepung tawar, menabur beras dan sebagainya. Perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang dibina daripada asas agama yang kukuh.