Halal Haram Pemakanan – Klinik d’Hijrah

Halal Haram Pemakanan – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah episod ke 58 membawakan tajuk Halal Haram Pemakanan. Kali ini,  Dr Mohd Izhar Ariff membicarakan mengenai halal haram di dalam  pemakanan. Islam menetapkan kepada pengikutnya untuk memilih makanan yang halal dan bersih, dan menjauhi makanan yang haram serta kotor.

Terdapat banyak jenis makanan di dalam dunia ini. Semuanya mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun begitu, di dalam Islam, tidak semua makanan boleh dimakan kerana makanan-makanan tersebut termasuk di dalam kategori haram. Hanya makanan yang halal sahaja yang dibenarkan untuk dimakan. Walaubagaimanapun, kebanyakan makanan adalah halal dan hanya sebahagian kecil sahaja yang haram. Pilihlah makanan sunah yang ternyata bersih dan baik.