Hadis Al-Barra bin Al-A’zib

Tanda-tanda kiamat – Hadis Al-Barra bin Al-A’zib

Slot Cinta Ilmu kali ini adalah Akidah & Falsafah bersama dengan Ustaz Badli Shah sebagai penyampai. Beliau akan mengupas kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat karangan Imam Abu Abdullah Al Qurtubi. Tajuk yang akan dibincangkan pada episod kali ini adalah tentang hadis yang berkisar tentang soal jawab di alam kubur kelak.