Hadis 37 – Pahala Kebaikan Dan Keburukan – Cinta Ilmu Celik Hadis

Hadis 37 – Pahala Kebaikan Dan Keburukan – Cinta Ilmu Celik Hadis

Cinta Ilmu 2016 (Celik Hadis) kali ini memaparkan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang mengupas dan membincangkan maksud Hadis ke 37 ( Pahala kebaikan dan keburukan). Hadis ke 37 ini membawa maksud bahawa apabila berniat atau terlintas melakukan kebaikan, Allah mencatatkan satu kebaikan yang sempurna. Sebaliknya, jika kita berniat hendak melakukan sesuatu yang tidak baik tetapi tidak melakukannya, Allah SWT juga akan mencatatkan pahala.

Apabila melakukan kebaikan, Allah mencatatkan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda dan berganda-ganda lagi. Bagi mereka yang berniat melakukan keburukan/kejahatan dan tidak melakukannya, maka Allah mencatatkan satu kebaikan. Sebaliknya, apabila melakukan kejahatan Allah mencatatkan satu keburukan. Ini adalah janji Allah, rahman dan rahimNya. Allah maha mengetahui niat seseorang. Niat berbuat kejahatan tidak berdosa.

Kemudian, ustaz telah menjawab soalan-soalan yang dibangkit oleh penonton. antara persoalan penonton adalah tentang istiqamah di dalam melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan dan maksiat. Sesungguhnya syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan kaum Adam. Kita hendaklah selalu istiqamah di dalam menambah pahala. Ilmu akan jaga kita untuk terus istiqamah dan untuk mendapatkan ilmu perlulah bersama para ulamak. Para ulamak akan pandu kita untuk terus istiqamah. Bersahabay dengan orang-orang yang soleh juga boleh istiqamah.