Hadis 36 – Membantu Sesama Muslim – Cinta Ilmu Celik Hadis

Hadis 36 – Membantu Sesama Muslim – Cinta Ilmu Celik Hadis

Cinta Ilmu 2016: Celik Hadith di episod ke 11 ini membawakan tajuk ” Membantu Sesama Muslim” .  Episod kali ini memaparkan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengupas mengenai Hadith 36 dari Hadith 40 iaitu topik membantu sesama saudara Muslim.

Hadis ini berbicara tentang sesiapa yang menjaga keaiban saudaranya, nescaya Allah akan menjaga keaibannya di dunia dan di akhirat. Hadis oleh Imam Nawawi ini bermaksud sesiapa yang menolong yang rajin menolong orang yang berada di dalam kesusahan , nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya. Begitu juga dengan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya dan orang lain.

Berbincang tentang keaiban, pada zaman global ini keaiban datang dengan pelbagai cara. Media massa dan juga media sosial adalah platform utama untuk menyebarkan keaiban orang. Selalunya, keaiban seseorang individu itu hanya kecil tetapi oleh kerana si penyebar mungkin suka membuka aib, ia akan tersebar dengan luas. Ini adalah salah satu perbuatan yang tidak elok kerana kita diwajibkan menutup aib orang. Juga balasan membantu Muslim yang lain akan dibalas oleh Allah bukan oleh manusia itu sendiri.

 Allah akan menjaga keaibannya di dunia dan di akhirat. Beliau menjawab soalan yang berkaitan dengan cara membantu saudara yang dalam kesusahan.