Hadis 35 – Hubungan Sesama Muslim – Cinta Ilmu Celik Hadis

Hadis 35 – Hubungan Sesama Muslim – Cinta Ilmu Celik Hadis

Cinta Ilmu 2016 (Celik Hadis) dengan episod 10 ini memaparkan Ustaz Syed Norhisham membincang dan mengupas hadis ke 35 iaitu menyentuh tentang hubungan sesama Muslim. Jemputan kali ini adalah para pensyarah dan kakitangan daripada UiTM cawangan Segamat, Johor.

Hakikatnya, semua orang Muslim itu bersaudara. Orang Muslim dilarang memutuskan hubungan silaturrahim sesama saudara Muslim, hasad dengki, tanajasyu,marah memarahi, saling benci-membenci, menghina, memfitnah, khianat, menipu, tidak bertegur sapa, menjual barangan di atas jualan saudara lain, membunuh dan merampas harta tanpa sebab. Ustaz menerangkan secara satu persatu kriteria tentang sikap-sikap yang tidak sepatutnya orang Muslim ada. Manakala, memberi dan menjawab salam adalah salah satu kaedah berkasih sayang di dalam Islam. Jadi, kita digalakkan memberi dan menjawab salam. Di dalam aspek kasih silaturrahim pula, tidak akan masuk syurga mereka yang memutuskan hubungan silaturrahim.

Selain daripada itu, Ustaz telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan penonton berkaitan isu hutang yang tidak tertunai dan menjauhkan diri dari mereka yang menghina, cara-cara untuk menghalang rasa dengki kerana dengki akan memakan pahala-pahala amal soleh kita. Kita hendaklah meyakini akan qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT telah menentukan nasib setiap orang adalah berbeza dan adalah salah untuk kita jika berdengki kerana ia seperti tidak meyakini ketentuan Allah SWT.

Semoga kita dilindungi dari penyakit dengki.

.