Hadis 32 – Larang Saling Membahayakan – Cinta Ilmu Celik Hadis

Hadis 32 – Larang Saling Membahayakan – Cinta Ilmu Celik Hadis

Cinta Ilmu 2016: Celik Hadith Larangan Saling Merbahayakan episod tujuh memaparkan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang
menyambungkan perbincangan mengenai Hadith 36 dari Hadith 40. Islam mengalakkan manusia menjauhi setiap perkara yang memudharat diri sendiri serta juga orang lain. Beliau juga menerangkan beberapa kategori istilah ‘ mudharat ‘ yang dilarang serta mudharat yang dibenarkan mengikut keperluannya.

Episod kali ini memaparkan Ustaz Syed Norhisyam membicarakan tentang Hadith ke 32 dari Hadith 40 yang bermaksud baginda bersabda’ tiada mudharat dan tiada memudharatkan sesama makhluk’ Islam melarang memudharatkan diri sendiri ataupun sebaliknya. Umpamanya mereka yang berniaga, tetapi mengurangkan timbangan atau sukatan. Beliau juga menerangkan pengertian ‘ Addarurah yuzal ‘ iaitu dharurah yang mesti dimusnahkan.

Darurat terdapat di dalam pelbagai situasi. Ini dapat dilihat daripada pelbagai kes. Contohnya darurat yang berlaku apabila seseorang yang berhadapan dengan sesuatu yang melibatkan nyawa. apabila ini berlaku, seseorang itu diharuskan melakukan yang sesuatu untuk menyelamatkan diri. Seseorang yang sedang makan dan tercekik tulang tetapi dihadapan beliau hanya ada arak, seseorang itu diharuskan meminum arak tersebut untuk menyelamatkan nyawanya. Tetapi proses meminum itu tidaklah berlebihan tetapi hanya untuk menyelamatkan nyawa.

Selain daripada itu, tentang larangan membahayakan orang sekeliling. Sesuatu perkara itu dikira haram apabila perbuatan tersebut memudaratkan orang lain terutamanya orang sekeliling.