Hadis 10 – Hubungan Antara Makanan Yang Halal Dan Doa

Hadis 10 – Hubungan Antara Makanan Yang Halal Dan Doa

Slot Cinta Ilmu kali ini adalah Celik Hadith bersama dengan Dr. Fauzi sebagai penyampai. Beliau akan mengupas Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi. Hadis pada episod kali ini adalah hadis ke 10 riwayat Abu Hurairah, iaitu berkenaan tuntutan mencari dan mendapatkan sumber yang halal dan apakah impaknya terhadap doa yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t. Nafkah daripada sumber yang baik dan halal juga boleh menjadi sebab untuk doa dimakbulkan.