Habis Madu Sepah Dibuang – Klinik d’Hijrah

Habis Madu Sepah Dibuang – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah episod ke 108 bertajuk  Habis Madu Sepah DiBuang. Penceramah utama ialah  Ustaz Zul Ramli Mohd Razali. Ia  membicarakan mengenai sikap orang yang tidak mengenang budi setelah diambil manfaat darinya, Beliau menerangkan jauhi sifat beza membeza sesama kita, jadilah perpatah ini sebagai panduan yang tidak mungkin akan berlaku kepada kita, ambil secara positif dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian. Jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Beliau juga menjawab soalan yang berkaitan rumah tangga yang tidak aman dan cara memilih kawan.

Persoalan pertama berkisar tentang permasalahan rumah tangga. Seorang isteri telah meminta cerai dari suaminya apabila suami telah tidak berharta.