Gout – Dr Muhaya Dot Com

Gout – Dr Muhaya Dot Com

Dr  Muhaya  Dot  Com episod 37 memaparkan tajuk penyakit “Gout” .  Doktor jemputan  yang bersama-sama bersiaran menemani Dr Muhaya ialah  Professor Dr Sargunan Sockalingam, Konsultan Rheumatologi dari PPUM. Penonton jemputan pula adalah Perkumpulan Pertubuhan Perempuan (WI) dari Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Topik utama episod ini  memaparkan Dr Sargunan Sockalingam  membicarakan tentang penyakit ‘ Gout. ‘ Salah satu faktor punca penyakit ini adalah keturunan.  Penyakit ini  disebabkan  punca  utamanya  adalah  “Uric Acid”  yang  berlebihan  di  dalam  badan.  Ia akan  menyerang  sendi  kaki diperingkat  awal.  Pakar  menyarankan bahawa pesakit hendaklah  banyak   meminum  air  putih  dan  bersenam  bagi  mengelakkan  dari  terkena penyakit bahaya ini.

Selain daripada itu, penerangan Dr Sargunan Sockalingan juga menyentuh cara rawatan dan pencegahan yang boleh dilakukan. . Antaranya menurunkan “Uric Acid”  dalam  darah  dengan  memakan  ubat. Pesakit juga  perlu  mengikut  jadual  pemakanan  mengelakkan diri dari memakan makanan yang boleh menaikkan “Uric Acid” di dalam badan. Tetamu undangan yang pernah mengalami Gout menceritakan pengalaman beliau. Penyakit tersebut menyerang sendi kaki beliau dahulu kerana beliau aktif di dalam sukan. Gaya hidup sihat amat penting untuk mengelakkan penyakit ini.

Manakala  bagi segmen dapur  sihat  Dr  Hajar,  yang dikendalikan oleh Dr Hajar Badrul Hisham dengan chef jemputan iaitu Chef Anuar, Pengurus Besar Operasi Makanan dan Minuman, PICC. Resepi kali ini ialah Steam Fish gaya “fusion”.