Fibroid – Dr Muhaya Dot Com

Fibroid – Dr Muhaya Dot Com

Dr Muhaya Dot Com episod 33 ini bertajuk  Fibroid .  Ia mengupas  bual bicara Dr Muhaya bersama Dr Natasha Mohd Nor
membicarakan tentang penyakit Fibroid. Dr Natasha menerangkan tentang bahaya & kesan penyakit ini kepada pesakit, sebab terjadinya ia dan rawatannya kepada pesakit. Pesakit yang dijemput adalah Puan Robita Hani Binti Abdul Hamid.

Kemudian, segemn utama membicarakan tentang  tentang bahaya dan kesan penyakit Fibroid kepada wanita. Fibroid sejenis ketumbuhan yang berlaku dalam otot dinding rahim wanita. Penyakit ini adalah disebabkan oleh  persekitarannya. Golongan yang berisiko tinggi mengidap penyakit ini adalah mereka dari keturunan Afrika Amerika, juga disebabkan kurang makan buah – buahan dan sayur – sayuran. Dr Natasha ada juga menerangkan tentang kaedah rawatan iaitu pembedahan dan juga cara lain. Rawatan-rawatan ini bergantung kepada keadaan pesakit dan situasi mereka.

Segmen kedua pula iaitu segmen dapur sihat Dr Hajar memperkenalkan masakan pecuci mulut ‘ Coffee Banana Mimi Cake ‘ dan bahannya. Resepi ini bagus untuk kesihatan khasnya kepada individu yang tidak mempunyai masa untuk memasak makanan berat.

Segmen rawat jiwa Dr Muhaya pula menjawab soalan dari penonton berkaitan dengan cara untuk berjaya dalam pelajaran, beliau
menyarankan seseorang perlu ada target dalam pelajaran dan mesti ada konsep PCR ( preview, review &
concentrate ) serta menghormati guru & mendoakan kesejahteraan mereka.