1. [expand title=”Apakah alhijrahmedia.com?”]alhijrahmedia.com adalah aplikasi Internet On Demand yang menyediakan koleksi rancangan terkini dan lepas TV Alhijrah. Pengguna yang berdaftar boleh menyaksikan semula rancangan tersebut pada bila-bila masa tanpa had lokasi.[/expand]
  2. [expand title=”Apakah yang saya perlukan untuk menonton rancangan di alhijrahmedia.com?”]Anda memerlukan :
    1. Pelayar Web (Web browser) seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome dan sebagainyane
    2. Perkakasan / gajet (hardware/gadget) seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, komputer peribadi,
    * Bagi pengguna telefon pintar atau tablet android, anda digalakkan untuk memuat turun aplikasi alhijrahmedia di Google Play.
    3. Kemudahan internet seperti Streamyx, Unifi, wifi, atau plan data internet daripada pembekal perkhidmatan telekomunikasi anda4. Berdaftar sebagai pengguna alhijrahmedia.com.[/expand]
  3. [expand title=”Apakah yang saya perolehi sekiranya saya mendaftar sebagai pengguna biasa atau pengguna Premium?”]Bagi pengguna biasa (free user) :
    • Anda dapat menonton rancangan tertentu pada bila-bila masaBagi pengguna premium (premium user):
    • Anda dapat menonton semua koleksi rancangan pada bila-bila masaSelain itu, kedua-dua jenis pengguna juga akan menerima newsletter berkenaan rancangan-rancangan di alhijrahmedia.com dan makluman lain yang berkaitan.[/expand]
  4. [expand title=”Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai pengguna alhijrahmedia.com?”]Sila lawati http://alhijrahmedia.com/memberships/ untuk melanggan sebagai pengguna biasa (free user) atau pengguna premium (premium user)[/expand]
  5. [expand title=”Adakah saya perlu membayar untuk menjadi pengguna alhijrahmedia.com?”]• Bagi pengguna biasa (free user), anda hanya perlu mendaftar tanpa sebarang bayaran• Bagi pengguna premium (premium user), anda perlu mendaftar dan membuat bayaran sebanyak RM60 setahun.[/expand]
  6. [expand title=”Berapakah bayaran untuk menjadi pengguna Premium?”]Bayaran untuk menjadi pengguna Premium adalah sebanyak RM 60 setahun. Secara purata, anda hanya perlu membayar RM5 sebulan untuk mendapatkan akses penuh bagi menyaksikan koleksi rancangan di dalam alhijrahmedia.com. Bayaran hanya dibuat sekali (one time) setahun. [/expand]
  7. [expand title=”Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran langganan Premium alhijrahmedia.com?”]Bayaran boleh dibuat secara:
    • Kad kredit
    • Perbankan internet
    • Bayaran tunai melalui MOL Pay di mana-mana kedai 7Eleven berhampiran
    * sila bawa bersama ID transaksi (transaction ID) dan kod verifikasi (verification code)
    • Cash Deposit Machine (CDM) CIMB Bank
    * bagi pembayaran menggunakan CDM, sila emelkan ke support@alhijrahmedia.com
    [/expand]
  8. [expand title=”Kenapa pengguna perlu bayar untuk menyaksikan semula kandungan premium di alhijrahmedia.com sedangkan rancangan tersebut disiar percuma di TV Alhijrah?”]Bayaran yang dikenakan untuk menyaksikan kandungan premium adalah bagi menampung kos operasi dan infrastruktur alhijrahmedia.com. Kami sentiasa berusaha agar dapat menyediakan rancangan yang mudah diakses dan berkualiti kepada pengguna. Berbanding siaran di televisyen, rancangan di alhijrahmedia.com boleh diulang tonton tanpa had mengikut kesesuaian masa anda. Anda tidak perlu lagi risau sekiranya terlepas menonton rancangan TV Alhijrah kegemaran anda di televisyen.[/expand]
  9. [expand title=”Apakah senarai rancangan yang boleh saya saksikan di alhijrahmedia.com?”]Senarai rancangan yang disediakan di alhijrahmedia.com boleh didapati di sini.[/expand]
  10. [expand title=”Bolehkah saya memuat turun rancangan dari alhijrahmedia.com?”]Tidak. Pengguna hanya boleh menonton rancangan tersebut secara streaming sahaja.[/expand]
  11. [expand title=”Adakah semua rancangan di TV Alhijrah dapat saya saksikan semula di alhijrahmedia.com?”]Tidak semua rancangan di TV Alhijrah disiarkan di alhijrahmedia.com kerana hak penyiaran rancangan tersebut hanya untuk siaran di televisyen. Pihak kami akan cuba mendapatkan hak-hak penyiaran kandungan terbitan luar untuk siaran media baru (Alhijrahmedia) di masa yang akan datang.[/expand]
  12. [expand title=”Saya terlepas menonton rancangan kegemaran di TV Alhijrah semalam. Bilakah saya boleh menyaksikan semula rancangan tersebut di alhijrahmedia.com?”]Rancangan terkini di TV Alhijrah akan dimasukkan ke dalam alhijrahmedia.com dalam masa dua minggu selepas ia disiarkan di televisyen.[/expand]
  13. [expand title=”Saya telah mendaftar dengan alhijrahmedia.com sebagai pengguna biasa (free user). Apabila saya cuba menyaksikan rancangan tertentu, ia tidak berfungsi dan memaparkan KANDUNGAN BERDAFTAR DAN PREMIUM. Bagaimanakah caranya untuk saya menyaksikan rancangan tersebut?”]Anda perlu menaik taraf akaun pengguna anda kepada pengguna premium dengan bayaran RM60 setahun di http://alhijrahmedia.com/memberships/. Setelah menjadi pengguna premium, anda boleh menyaksikan semua koleksi rancangan yang ada di dalam Alhiijrahmedia.com.[/expand]
  14. [expand title=”Sekiranya saya menghadapi masalah dalam menggunakan alhijrahmedia.com, bagaimanakah cara untuk saya dapatkan bantuan?”]Sila berhubung dengan Unit Media Baru TV Alhijrah untuk mendapatkan bantuan.Email : support@alhijrahmedia.com
    Telefon : 03-2260 1600[/expand]
  15. [expand title=”Saya telah mendaftar sebagai pengguna premium dan membuat bayaran. Tetapi saya masih belum dapat menyaksikan rancangan bagi kandungan berdaftar dan premium?”]Sila berhubung dengan Unit Media Baru TV Alhijrah untuk mendapatkan bantuan.Email : support@alhijrahmedia.com
    Telefon : 03-2260 1600[/expand]
  16. [expand title=”Apakah kelebihan menjadi pengguna Premium di alhijrahmedia.com?”]Pengguna Premium boleh menyaksikan semua rancangan terkini dan lepas yang telah disiarkan di TV Alhijrah. Berbanding pengguna biasa, hanya rancangan tertentu sahaja yang dapat disaksikan oleh mereka. Tiada had luput masa dan kekerapan bagi menyaksikan rancangan yang disiarkan di alhijrahmedia.com.[/expand]
  17. [expand title=”Saya terlupa nama pengguna dan kata laluan bagi alhijrahmedia.com . Bolehkah saya mendapatkan semula  nama pengguna dan kata laluan tersebut?”]Anda boleh :
    • Klik pada PENDAFTARAN >> LOGIN. Kemudian klik pada pautan Lost your password? di bawah halaman login tersebut; ATAU
    • Pilih menu PENDAFTARAN >> LUPA PASSWORD.
    Seterusnya, masukkan nama pengguna (username) atau alamat emel anda yang sah (yang telah didaftarkan di alhijrahmedia.com). Anda akan menerima pautan untuk mendaftarkan kata laluan (password) baru anda melalui emel tersebut.
    [/expand]