Facebook, Faedah atau Fitnah

Persepsi – Facebook, Faedah atau Fitnah

Persepsi, sebuah program bual bicara yang mendatangkan persoalan kepada penonton kali ini membawa kan topik Facebook, faedah atau fitnah. Bersiaran dengan dua pengacara yang tidak asing lagi iatu Badrul Sani Baharudin dan Farhah Ruslan, akan mengupas pro dan kontra Facebook, media sosial yang tersangatlah popular pada masa ini. Berdiskusi dengan jawapan yang pasti, Irfan Khairi, jutawan internet dan imam muda Asyraf telah dijemput sebagai panel jemputan .

Media berfungsi untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat. Masakini, media perkongsian yang amat popular iaitu muka buku menjadi pilihan ramai. Persoalannya, kebebasan dan keterbukaan untuk mengetahui maklumat telah dimanipulasikan oleh kebanyakan pihak. Natijahnya, ia bergantung kepada niat. Jika seseorang itu menggunakan platform tersebut untuk membuat sesuatu yang negatif, negatiflah keputusannya dan sebaliknya.