Episod Akhir Akademi Silat

Episod Akhir Akademi Silat

Akademi Silat merupakan sebuah program realiti yang julung kali diterbitkan oleh TV AlHijrah pada tahun 2016 untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni silat yang berteraskan Islam. Silat amat penting untuk latihan rohani di samping melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Selain itu,  program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa. Kemuncak siri ini boleh disaksikan di dalam Episod Akhir Akademi Silat .

Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama. Dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Daie Muda, program ini telah mendapat tajaan utama daripada Kopi Pak Belalang dan Classic Worldwide International Group.

Bersiaran dari Stadium Panasonic Seksyen 21, Shah Alam,  Episod Akhir Akademi Silat ini  telah dihoskan oleh saudara Jimmy Shanley. Di dalam pencarian Ikon Akademi Silat Pendekar muda ini, empat peserta telah mara ke episod akhir. Mereka telah menunjukkan ketangkasan masing-masing melalui seni silat persembahan berdasarkan kreativiti tersendiri. Seterusnya, dua peserta telah dipilih untuk bertarung di pusingan akhir melalui pertempuran kosong dan bersenjata. Episod kemuncak ini telah diadili oleh juri tetap, wakil PESAKA, pelakon Nasir Bilal Khan serta pesilat ternama Cecep Arif Rahman.

Saksikan semula semangat pendekar muda yang bertempur tanpa gentar di dalam episod kemuncak yang penuh debaran ini.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.akademisilat.com.