Episod 2 – Kapsul Akademi Silat

Episod 2 – Kapsul Akademi Silat

Episod 2 – Kapsul Akademi Silat

Akademi Silat merupakan sebuah program realiti yang julung kali diterbitkan oleh TV AlHijrah pada tahun 2016 untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni silat yang berteraskan Islam.

Silat amat penting untuk latihan rohani di samping melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Selain itu,  program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa.

program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa..

Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Kapsul Akademi Silat kedua inin adalah mengenai aktiviti pencarian ilmu pendekar muda.  Minggu ini pelajar-pelajar Akademi silat diberi tazkirah oleh Ustaz Syed Norhisham. Secara ringkasnya, Ustaz Syed mengingatkan para pelajar untuk membetulkan niat dan tujuan mereka menyertai Akademi Silat iaitu bukan hanya untuk menang semata-mata. Di samping itu Ustaz Syed juga menyeru para pelajar untuk berwaspada dan berhati-hati dengan amalan-amalan dan bacaan-bacaan yang boleh membawa kepada khurafat. Segala amalan hendaklah mengikut ajaran agama Islam. Selain daripada itu, pendekar muda perlu meletakkan agama sebagai asas persilatan.

Saksikan aksi-aksi menarik  10 orang pendekar muda  Akademi Silat Pendekar Muda di Akademi Silat Pendekar Muda episod 1!

Category: Iklan, Promo