Episod 19 – Masam-masam Manis

Hak kanak-kanak semakin mendapat pembelaan apabila kes penderaan semakin berleluasa. Ramai yang tidak tahu akta kanak-kanak yang telah pun dikuatkuasakan. Bersama Prof.Dr. Mariani membincangkan tentang Hak Kanak-Kanak dan juga memaparkan kisah penderaan Adik Yaya yang semakin sihat dan ceria. Tahukah bagaimana untuk menanam terung yang betul? Saksikan dalam Laman Botani dengan teknik penanaman terung yang betul. Juga Klinik Masam Masam Manis soal jawab bersama Doktor Zulkifli Ghaus dalam topik Bipolar Disorder.