Episod 10 – Akademi Silat

Episod 10 – Akademi Silat

Akademi Silat – Episod 10 merupakan sebuah program realiti yang julung kali diterbitkan oleh TV AlHijrah pada tahun 2016 untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni silat yang berteraskan Islam. Silat amat penting untuk latihan rohani di samping melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Selain itu,  program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa.

“Program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa..”

Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama. Dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Daie Muda, program ini telah mendapat tajaan utama daripada Kopi Pak Belalang dan Classic Worldwide International Group.

Bersiaran dari Stadium Panasonic Seksyen 21, Shah Alam,  Akademi Silat – Episod 10 ini  terus dihoskan oleh saudara Jimmy Shanley seperti mingu-minggu yang lepas. Kali ini, pendekar-pendekar akan mempamerkan kaedah perlawanan menentang dua orang. Setiap pendekar akan mempersembahkan kaedah masing-masing. Juri tetap yang menghakimi pendekar-pendekar muda tersebut adalah Ebby Yus dan daripada PESAKA, Encik Kamarul Ariffin. Manakala juri untuk episod tujuh ini adalah pelakon dan juga pengarah filem yang tersohor iaitu Dato’ Yusof Haslam.

Sebarang keputusan adalah muktamad dan di dalam program ini, tiada undian dan juri lain akan dikira. Jangan lupa saksikan sepenuhnya episod ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang siapakah pendekar yang akan tewas di medan Akademi Silat! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.akademisilat.com.