Episod 1 – Ziarah Cinta Di Bumi Uthmaniah

Episod 1 – Ziarah Cinta Di Bumi Uthmaniah

Ziarah Cinta Di Bumi Uthmaniah episod satu memaparkan kumpulan ziarah cinta di bumi Uthmaniah . Ia merupakan sebuah program yang menceritakan sejarah silam yang berlaku, sambil menikmati panorama indah di Negara Turkey. Juga pemandangan indah di kota raya Istanbul serta kesan sejarah pemerintahan Sultan Ahmad Al Fateh. Mazium Panorama, Masjid Sultan Ahmad dan pasar tertutup ‘ bazar ‘ yang tertua di dunia menjual barangan berbagai kulit dan permaidani merupakan kesan peninggalan Empayar Uthmaniah.

Kumpulan ziarah ini diketuai oleh Ustaz Lutfi. Setibanya mereka di Istanbul, mereka berkesempatan menunaikan solat Subuh dan mendengar tazkirah daripada ustaz Lutfi. Di setiap tempat yang dilawati, Ustaz Lutfi akan menceritakan kisah disebalik tempat-tempat bersejarah tersebut . Ustaz juga ada menyelitkan tazkirah dan nasihat buat penziarah.