Episod 1 – Into Taqwa With Mizz Nina

Episod 1 – Into Taqwa With Mizz Nina

Into Taqwa With Mizz Nina: Don’t Judge Just Chill Episod satu  memaparkan program Taqwa Mizz Nina bersama
beberapa selebriti membicarakan topik  berpandukan Al Quran dalam mendidik anak serta nilai – nilai murni ( positif ) perlu diterapkan di dalam jiwa anak dan diri sendiri. Program yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara ini mendapat suntikan menarik daripada Mizz Nina.

Selain daripada itu, sikap positif mestilah datang daripada keluarga sendiri. Selebriti yang dijemput untuk episod pertama ini adalah sharifah Aleya Binti Syed Zainal Rashid Al Yahya. Beliau yang merupakan pelakon dan pengacara yang terkenal menceritakan pengalaman beliau berhijrah. Sebuah kisah yang unik kerana ia sangat menyentuh hati. Betapa Allah SWT amat menyanyangi hamba Nya.

Kemudian,  jemputan seterusnya adalah Sheikh Daood Butt, pendakwah dari Kanada. Topik “Don’t judge just chill” masih diteruskan. Dalam masyarakat pula jangan kita membuat andaian tentang seseorang kerana ianya dilarang oleh Islam. Di dalam media sosial, elakkan dari membicarakan perkara peribadi dan sifat menunjuk – nunjuk yang boleh menimbulkan andaian. Cuba elakkan bergosip dan befikiran negatif kerana perkara inilah yang menggalakkan kita menambah dosa. Berbuat kesimpulan sendiri dan juga sangkaan adalah elemen yang mendatangkan pemikiran negatif.

Di segemen terakhir, jemputan adalah seorang “poet” iaitu Yasmin Zaini, pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa.