Episod 2 – Masam-masam Manis

Minggu ini bersama membincangkan teknik mengajar anak autism dari rumah bersama Pengarah Permata Kurnia, Prof Madya Dr Hasnah Toran. Juga bersama di studio ibu-bapa yang berpengalaman mendidik anak autism hingga berjaya menjadi Johan Tilawah Al Quran Kanak-Kanak Istimewa. Laman Botani minggu ini, mengajarkan teknik penanaman hydrogel yang membolehkan pokok tetap segar walaupun tanpa disiram, dan Geniusnya Anak Ummi membincangkan teknik bercerita dengan kreativiti.