Episod 1 – Kapsul Akademi Silat

Episod 1 – Kapsul Akademi Silat

Akademi Silat merupakan sebuah program realiti yang julung kali diterbitkan oleh TV AlHijrah pada tahun 2016 untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni silat yang berteraskan Islam.

Silat amat penting untuk latihan rohani di samping melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Selain itu,  program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa.

program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa..

Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Kapsul  Akademi Silat yang pertama ini membawakan aksi para pelajar Akademi SIlat menjalani sesi latihan sebagai persediaan untuk persembahan mereka di gelanggang yang pertama. Latihan dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa bersama Pengetua iaitu Rozaidi serta tenaga pengajar Akademi SIlat. Sepuluh orang pendekar muda begitu gigih mendalami ilmu persilatan walaupun mereka daripada perguruan yang berlainan dan mempunyai cara yang berbeza. Latihan yang pertama ini adalah latihan asas untuk semua pendekar muda.Seni persilatan Melayu amat memerlukan generasi muda untuk terus menjadi pewaris kepada seni pertahanan diri yang unik ini.

Saksikan aksi-aksi menarik  10 orang pendekar muda  Akademi Silat Pendekar Muda di Akademi Silat Pendekar Muda episod 1!

 

Category: Iklan, Promo