Episod 1 – Bubur Lambuk AlHijrah

Episod 1 – Bubur Lambuk AlHijrah

Bubur Lambuk AL Hijrah episod satu, memaparkan program  program edaran bubur lambuk di sekitar Lembah Klang , Putrajaya dan Selangor oleh kakitangan TV Al Hijrah, bermula dari jam empat petang.

Program yang julung kali diadakan ini adalah bersempena menyambut Ramadan, bulan yang mulia. Idea yang dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Izelan Basar adalah menepati slogan terbaru TV AlHijrah iaitu Islam is first class. Selain daripada itu, program ini adalah salah satu cara untuk beramal kepada masyarakat di bulan yang mulia ini.

Penjenamaan memainkan peranan penting di dalam sesebuah organisasi. Pengurus Penjenamaan, Zulkarnain Mokhtar menekankan bahawa adanya program ini akan membuka mata masyarakat akan kewujudan TV AlHijrah lantas membawa persepsi masyarakat bahawa Islam mengajar kita untuk membantu diantara satu sama lain dan bersedekah .

Category: Iklan, Promo