Akademi Silat – Episod 1

Akademi Silat – Episod 1

Akademi Silat – Episod 1 merupakan sebuah program realiti yang julung kali diterbitkan oleh TV AlHijrah pada tahun 2016 untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni silat yang berteraskan Islam. Silat amat penting untuk latihan rohani di samping melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Selain itu,  program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa.

“Program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa..”

Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama. Dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Daie Muda, program ini telah mendapat tajaan utama daripada Kopi Pak Belalang dan Classic Worldwide International Group.

Di dalam Akademi Silat – Episod 1 ini , Master Ruzaidi (Ruzaidi Bin Hj Abdul Rahman) yang terkenal sebagai jurulatih seni bela diri, pengamal perubatan tradisional, pengiring VIP dan juga aktor telah terpilih sebagai pengetua akademi . Manakala, pengacara yang dipilih untuk mengacarakan Akademi Silat Pendekar Muda ialah saudara Jimmy Shanley.Selain daripada itu, penonton juga dapat berkongsi debaran ujibakat pencarian pendekar muda yang bermula pada 23 Januari 2016 di Zon Selatan dan berakhir di Zon Tengah pada 13 Februari 2016.

Akhirnya, hasil daripada ujibakat yang telah diadakan, sepuluh (10) orang pendekar muda telah terpilih sebagai peserta Akademi Silat Pendekar Muda . Jangan lupa saksikan sepenuhnya episod ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut pendekar pendekar muda yang terpilih! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.akademisilat.com.