Episod 1 – Ahmad Muhammad

Episod 1 – Ahmad Muhammad

Ahmad Muhammad, program animasi terbitan sendiri AlHijrah Media Corporation ini adalah idea asal Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Datuk Che Wan Alias. Animasi “cerita di dalam cerita ” ini diadaptasikan daripada penglipur lara Terengganu dan pernah menjadi cerita tauladan di negeri Terengganu Darul Iman. Penceritaan bermula daripada kisah Ahmad Muhammad, dan Hannan yang mendengar Mak Teh bercerita hikayat Ahmad Muhammad.

Di dalam episod satu, ia memaparkan kisah sepasang suami isteri yang pemurah di sebuah kampung di Terengganu. Suami isteri ini sentiasa membantu orang kampung yang berada di dalam kesusahan. Walaupun mereka amat berbudi, mereka tidak dikurniakan anak. Mereka berdoa kepada Allah SWT supaya mereka dikurniakan zuriat dan bernazar bahawa jika mereka diberikan zuriat, si suami akan mencari baju yang tercantik untuk diberikan kepada anak mereka.

Doa mereka dimakbulkan Allah SWT  dan mereka mendapat anak kembar yang dinamakan Ahmad dan Muhammad. Apabila Ahmad dan Muhammad berusia lebih kurang lima tahun, ayah mereka teringat akan nazar beliau. Jadi, ayah mereka ke luar negeri  mengembara untuk menunaikan nazar. Masa berlalu, sepeninggalan ayah Ahmad dan Muhammad, kembar tersebut telah berguru dengan seorang guru ilmu seni mempertahankan diri. Episod ini diakhiri dengan kejadian yang berlaku keatas Muhammad yang lemas semasa menjalani latihan.

Category: Ahmad Muhammad