Bersangka Baik Pada Allah – Klinik d’Hijrah

Bersangka Baik Pada Allah – Klinik d’Hijrah

Klinik D’Hijrah episod 98 membawakan tajuk bersangka baik pada Allah. Panel jemputan, Ustaz Asyraf Suarin membincangkan sikap prasangka baik kepada Allah.

Sesungguhnya, Allah telah mengatur ketetapan bagi seseorang termasuk rezeki, jodoh, mati dan sebagainya. Allah juga sentiasa menguji dan setiap ujian itu ada hikmahnya. Kita perlu menjaga solat, bertaubat, bersyukur, berdoa, bertistigfar dan memohon keampunan. Ustaz telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan diantaranya mengenai prasangka buruk kepada manusia, sikap berputus asa, musibah dan takdir Allah dan sebagainya.

Persoalan yang ditimbulkan merangkumi tentang hubungan kita sebagai manusia dengan Allah SWT. Walaubagaimanapun, setiap apa yang berlaku adalah ketetapan Allah SWT keatas hambaNya. Oleh itu, kita sebagai hamba haruslah redha dan teruskan berdoa.