Balqis dan Hud Hud – Ayat Riwayat

Balqis dan Hud Hud – Ayat Riwayat

Ayat Riwayat musim ketiga dan episod 15 memaparkan pengembaraan krew TV AlHijrah menjejaki kesan-kesan peninggalan empayar Ratu Balqis. Balqis dan Hud-hud, menggambarkan kisah Ratu Balqis amat popular zaman-berzaman dan mempunyai banyak versi. Masih terdapat banyak tinggalan kesan sejarah yang menunjukkan bahawa kisah ini sememangnya wujud dan bukan ciptaan semata-mata.

Kisah bermula dari pengkisahan semula hubungan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis. Sememangnya Nabi Sulaiman mengajak Ratu Balqis dan kaumnya untuk menyembah Allah SWT. Nabi Sulaiman menggunakan burung hud-hud untuk berkomunikasi dengan Ratu Balqis. Balqis dan Hud-hud amat penting di dalam episod kali ini.

Nabi Sulaiman dikatakan mempunyai kuasa untuk berkomunikasi dengan binatang dan dan menguasai manusia, binatang dan makhluk halus. Ada dikisahkan juga Nabi Sulaiman menyuruh jin Ifrit untuk mengangkat istana Ratu Balqis dan diletakkan di depan istana Nabi Sulaiman.  Kemudian ratu tersebut beriman kepada Allah dan berkahwin dengan Nabi Sulaiman.

Dalam episod ini dipaparkan peninggalan kesan runtuhan istana Ratu Balqis di Axium dan Maarib. Walaupun telah beribu tahun, runtuhan tersebut masih utuh dan kukuh walaupun ditelan zaman. Kaum Saba’ adalah kaum yang dipimpin di bawah pimpinan Ratu Balqis. kupasan selanjutnya adalah mengenai  kisah pecahnya empangan Maarib sebagai azab Allah kerana keingkaran penduduk Saba’ menyembah Allah. Krew ayat Riwayat telah menelusuri sejarah empangan Maarib yang menjadi bukti kepada kekufuran umat Saba’.