Bahaya Kasut Tumit Tinggi – Dr Muhaya Dot Com

Bahaya Kasut Tumit Tinggi – Dr Muhaya Dot Com

Dr Muhaya Dot Com episod 34 kali ini membawakn topik  bahaya Kasut Tumit Tinggi. Perkongsian maklumat berterusan ini memaparkan Dr Muhaya bersama Dr Mohammad Nawar Ariffin ( pakar tulang ) membicarakan tentang bahaya memakai kasut tumit tinggi dan kesan masa jangka panjang kepada tubuh badan. Selain daripada itu, jemputan iaitu pesakit yang pernah mengalami penyakit akibat kasut tumit tinggi ini ialah Puan Norhidayah Mahali.

Pada segmen utama, ahli panel menyarankan untuk kita menjaga sendi perlu menggunakan kasut yang sesuai. Kita perlulah menggunakan  kasut yang selesa di bahagian dalam tapak & saiz kasut jangan terlalu besar dan kecil. Ia juga memaparkan ahli panel membincangkan tentang bahaya penggunaan kasut tumit tinggi dan ianya boleh memberi perubahan kepada struktur badan si pengguna. Kesannya kepada lutut, paha,sendi punggung & tulang belakang. Ini semua penting untuk kita kekal posisi ketika berjalan, jika pakai di tempat tidak rata risikonya akan
jatuh.

Oleh itu kesan jangka panjang, berlaku perubahan postur badan, lenguh dan sakit kaki serta sakit tulang
belakang & sendi tulang belakang menjadi strees & renggang sepanjang masa. Segmen dapor sihat Dr Hajar memperkenalkan masakan ‘ Ais Krim Pisang Walnut & Jus Timun  Tembikai Susu ‘ bersama bahan – bahannya.