Bahaya Demam Panas – Dr Muhaya Dot Com

Bahaya Demam Panas – Dr Muhaya Dot Com

Dr Muhaya Dot Com dengan tajuk Bahaya Demam Panas dan episod ke 31 memaparkan Dr Roliza Ibrahim mengupas mengenai bahaya demam panas.  Menurut Dr Roliza, demam dapat dikesan jika suhu badan seseorang kanak – kanak itu melebihi 37 celcius. Tetamu kali ini adalah Puan Nabilah Salleh dan anaknya yang pernah mengalami demam panas iaitu adik Imran Imtiyaz.

Selain daripada itu, kanak – kanak disarankan supaya tidak berselubung dengan pakaian tebal serta berselimut. Mereka juga digalakkan untuk selalu mandi menggunakan air paip dan bukan air ais atau panas. Manakala, jika anak – anak demam melebihi 39.0 ‘C ianya berisiko menghidap sawan. Sawan demam agak biasa dikalangan kanak-kanak.  Kemudian, Doktor Roliza juga ada menyatakan punca jangkitan dan cara mengatasinya.

Di dalam segmen seterusnya, Pharmasiniaga yang beroperasi di seluruh Malaysia dan menghasilkan produk menjaga kesihatan kanak – kanak ada menyarankan kepada ibu bapa supaya berhati – hati semasa mengambil vitamin untuk anak mereka. Mereka juga harus peka tentang  vitamin apa dan berapa dos yang perlu diambil untuk anak-anak mereka. Segmen.

Segmen ketiga pula membawakan segmen “Dapur sihat Chef Anuar” yang  memperkenalkan masakan nicoise salad with grilleo salmon, spaghetti with grab meat dan juga king prawn bersama bahannya.