Apabila Tiba Aidilfitri

Disiarkan pada 2 Ogos 2014. Episod ini adalah episod istimewa sempena sambutan Aidilfitri. Episode ini telah dijalankan di Yayasan Warisan Johor (YWJ). Tetamu bagi episode istimewa ini adalah Pengarah YWJ yang berkongsi tentang aktivit yang sering diadakan oleh pihak YWJ sepanjang bulan Ramadan yang lalu dan bagi sambutan Aidilfitri. Selain itu, turut bersama dalam episode ini adalah ACP Tuan Abdul Aziz Ahmad, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Beliau membincangkan tentang keselamatan jalanraya dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil meninggalkan rumah semasa pulang ke kampung sempena hari raya. Dato’Haji Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor juga turut memeriahkan episod ini dalam membincangkan tentang perkara dan aktiviti yang baik sempena kedatangan Aidilfitri.