Anak Degil – Klinik d’Hijrah

Anak Degil – Klinik d’Hijrah

Klinik D’ Hijrah episod 20 yang membawakan tajuk “anak degil”.

Kali ini ia memaparkan Ustaz Ashraf Suarin membincangkan mengenai ibubapa yang mengalami masalah anak yang degil. Anak-anak yang sebegini sudah pasti menguji kesabaran setiap ibubapa. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku dan cara bagaimana mentarbiahkan mereka supaya menjadi anak yang cemerlang, antaranya ibubapa seharusnya mendidik mereka mengikut acuan Islam. Pendidikan haruslah bermula dari kecil seawal bayi hingga tujuh tahun.

Selain daripada itu,  Ustaz Ashraf membicarakan tentang bagaimana hendak mendidik dan melenturkan  anak yang degil menjadi baik. Beliau menerangkan kenapa mereka menjadi anak degil dan cara mendidik mereka menjadi anak cemerlang. Beliau
menyarankan mendidik anak hendaklah berpandukan Islam dan ibubapa pula sebagai contoh tauladan serta ikutan.
Beliau juga menjawab beberapa soalan dari penonton berkaitan cara mendidik anak yang bermasalah.

Persoalan pertama ialah bagaimana hendak mendidik anak dari kecil. Anak dari bayi hingga ke umur tujuh tahun hendaklah dimanjakan. Kemudian, mereka haruslah ditarbiahkan dari kecil tentang Islam. Persoalan kedua pula mengenai anak remaja yang suka keluar malam. Remaja tersebut mempunyai ibu bapa yang sangat tegas tetapi masih lagi anak tersebut keluar malam. Seterusnya cara yang betul untuk memarahi dan mendidik anak yang membuat salah. Memang menguji kesabaran terutamanya anak-anak yabg di bawah umur tujuh tahun.