Aku Nak Bebas – Klinik d’Hijrah

Aku Nak Bebas – Klinik d’Hijrah

Klinik D’ Hijrah: membawakan tajuk kali ini iaitu “Aku Nak Bebas” episod 21 memaparkan Ustaz Ashraf Suarin menyambung perbincangan tentang masalah remaja yang ingin bebas dan sering ingkar serta melawan ibubapa mereka. Pada mereka
bersikap begini lebih memberikan kebebasan untuk hidup kerana pada pandangan mereka jika ikut kata ibubapa seperti terkongkong. Oleh itu peranan dan perhatian ibubapa sentiasa membuat pemantauan pergerakan remaja mereka dengan berhikmah.

Kemudian, Ustaz Ashraf membicarakan tentang remaja yang ingin keluar dari keluarga, kenapa mereka
inginkan kebebasan yang seperti mereka fikirkan, sejauh mana perhatian ibubapa dalam mendidik anak – anak agar mereka tidak bersifat sedemikian. Beliau menyarankan mendidik anak sewajarnya berpandukan dengan ajaran Islam. Beliau juga menjawab beberapa soalan yang memerlukan pencerahan berkaitan cara mendidik anak yang meningkat remaja.

Persoalan yang ditujukan kepada beliau berkisarkan bagaimana menangani para remaja yang inginkan kebebasan daripada ibu bapa mereka. Kebanyakan para remaja ini telah terpengaruh dengan pengaruh kawan-kawan dan juga media sosial. Ledakan kemajuan yang membolehkan semua orang memiliki gajet-gajet yang canggih sesungguhnya membawa impak yang negatif dan juga positif kepada remaja.

Oleh itu, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk memdidik anak-anak mereka yang telah meningkat remaja khasnya yang berusia 13 hingga 17 tahun.