Akademi Silat – Episod 8

Akademi Silat – Episod 8

Akademi Silat – Episod 8 merupakan sebuah program realiti yang julung kali diterbitkan oleh TV AlHijrah pada tahun 2016 untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni silat yang berteraskan Islam. Silat amat penting untuk latihan rohani di samping melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Selain itu,  program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa.

“Program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa..”

Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama. Dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Daie Muda, program ini telah mendapat tajaan utama daripada Kopi Pak Belalang dan Classic Worldwide International Group.

Bersiaran dari Stadium Panasonic Seksyen 21, Shah Alam,  Akademi Silat – Episod 8 ini  terus dihoskan oleh saudara Jimmy Shanley seperti mingu-minggu yang lepas. Kali ini, pendekar-pendekar akan beraksi dengan aksi tempur berpasangan menggunakan hanya dua senjata . Setiap pendekar akan mempersembahkan kreativiti  seni silat masing-masing. Juri tetap yang menghakimi pendekar-pendekar muda tersebut adalah Ebby Yus dan daripada PESAKA, Encik Kamarul Ariffin. Manakala juri untuk episod tujuh ini adalah pelakon terkenal yang pernah membintangi filem dan drama berunsurkan persilatan iaitu Zamarul Hisyam.

Sebarang keputusan adalah muktamad dan di dalam program ini, tiada undian dan juri lain akan dikira. Jangan lupa saksikan sepenuhnya episod ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang siapakah pendekar yang akan tewas di medan Akademi Silat! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.akademisilat.com.