Adat Warisan Diwarisi

Adat Warisan Diwarisi ini membincangkan tentang bagaimana Penduduk di Negeri Sembilan masih mengekalkan adat Melayu lama iaitu Adat Pepatih tanpa mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan Hukum Syarak. Soal Wanita menengahkan kefahaman yang tepat sejauhmana perlaksanaan “Adat Pepatih” itu selari dengan kehendak Islam. Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan Kitabbullah”. Tujuan perbincangan ini adalah bagi menghakis pendapat, pandangan dan tomahan yang menyatakan bahawa Adat Pepatih ini bertentangan dengan Islam.

Berpandukan pengalaman tetamu jemputan yang berpengetahuan luas tentang adat pepatih ini, Soal Wanita cuba menjelaskan setiap pepatah dalam adat pepatih ini tampil ungkapan kata yang mempunyai nilai, hikmah dan falsafah yang tersendiri sesuai dengan panduan Syarak.  Episod kali ini mengemukakan sistem Adat Pepatih yang selari dengan kehendak Islam dan telah diguna pakai oleh masyarakat Negeri Sembilan sebelum kedatangan undang-undang Barat. Tajuk ini adalah bersempena dengan Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap dan Persukuan Adat Perpatih yang berlangsung dari 16 hingga 18 May 2014 bertempat di Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Episod ini juga memaparkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang telah mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat. Turut dipaparkan Majlis Bersiram yang merupakan salah satu upacara Majlis Penghulu Mengadap Raja.
Kelab buku pula menyiarkan buku Quran Saintifik yang menjelaskan Al Quran dari perspektif Sains.