Fattabiouni – Solat Dhuha

Fattabiouni – Solat Dhuha

Episod Fattabiouni kali ini berkongsi  kepentingan dan kelebihan amalan Solat Dhuha yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Fattabiouni adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Ikutilah Daku”. Rancangan tazkirah pendek dalam Bahasa Arab yang disampaikan oleh Al-Shaikh Mohammed Bin Abdul Rahman Al-Saggaf  ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman penonton. Kandungan tazkirah ini menjurus kepada sunnah Nabi Muhammad SAW dalam segala aspek kehidupan yang patut kita contohi. Tazkirah yang mudah, ringkas dan menarik ini memberi banyak informasi untuk diamalkan oleh setiap insan.

Solat Dhuha adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada waktu dhuha. Waktu Dhuha iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah. Solat ini sangat digalakkan untuk diamalkan. Solat Dhuha merupakan satu bentuk kesyukuran yang dizahirkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang telah diberikan. Apabila kita mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan, Allah akan meningkatkan lagi nikmat tersebut. Banyak kelebihan yang diperolehi dengan mengerjakan Solat Dhuha ini. Satu pasukan tentera pada zaman Rasulullah SAW telah berjaya menyerang dengan lebih cepat dan mendapat harta rampasan yang banyak. Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang solat dhuha serangannya lebih cepat dan lebih banyak harta rampasan daripada mereka”.

Di dalam episod kali ini, penonton diberi penerangan yang jelas berkenaan waktu dhuha, cara mengerjakan solat dhuha, surah-surah yang gemar dibaca Nabi Muhammad SAW ketika mengerjakan solat dhuha serta manfaat dan ganjaran jika istiqamah dalam mengamalkan solat ini.