Fattabiouni – Sejarah Sunnah

Fattabiouni – Sejarah Sunnah

Episod ini membincangkan tentang sejarah sunnah Nabi Muhammad S.A.W, bagaimana dan apakah proses yang telah dilalui sehingga sunnah baginda boleh sampai kepada umat sekarang.

Fattabiouni adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Ikutilah Daku”. Rancangan tazkirah pendek dalam Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Shaikh Mohammed Bin Abdul Rahman Al-Saggaf ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman penonton. Kandungan tazkirah ini menjurus kepada sunnah Nabi Muhammad SAW dalam segala aspek kehidupan yang patut kita contohi. Tazkirah yang mudah, ringkas dan menarik ini memberi banyak informasi untuk diamalkan oleh setiap insan.

Rasulullah S.A.W adalah insan yang diutuskan Allah S.W.T untuk menyampaikan dakwah dan membimbing umat Islam dunia dan akhirat. Baginda menunjukkan akhlak dan teladan yang baik untuk dicontohi oleh semua insan. Terdapat empat peringkat atau proses yang berlaku sehingga membawa kepada legasi sunnah Rasullah SAW ke hari ini.

Peringkat pertama, penerimaan. Bagimana sunnah-sunnah Baginda diperolehi dan disampaikan hingga ke hari ini? Dua sifat yang Allah kurniakan kepada Baginda memungkinkan perkara tersebut iaitu kemuliaan dan kasih sayang. Sebagai utusan Allah, Baginda sentiasa dipandang tinggi oleh para sahabat. Selain itu, kerana kasih dan sayangnya ahli keluarga, sahabat dan masyarakat kepada Baginda, maka setiap perilaku Baginda akan diamati oleh mereka.

Seterusnya peringkat kedua, mendengar dan meriwayat. Golongan para tabi’in berdedikasi dalam mendengar dan meriwayatkan sunnah Rasulullah SAW berdasarkan makluman daripada para sahabat dan ahli keluarga Baginda.

Di peringkat ketiga, golongan para imam meneruskan kesinambungan sunnah Rasullah SAW dengan mencatat riwayat perjalanan hidup nabi.

Dan akhirnya, di peringkat keempat, pengelasan. Keseluruhan sirah Baginda dikelaskan kepada bidang-bidang tertentu seperti fiqh, akhlak dan sebagainya.