Panggil Ustaz atau Doktor?

Dikir Zikir – Panggil Ustaz atau Doktor?

Dikir Zikir pada episod kali ini menampilkan tetamu istimewa iaitu Ustaz Dr. Izhar Ariff, Ustaz Mohammad Rozie dan juga Nazrey Johani, bekas ahli kumpulan Raihan. Topik pada kali ini adalah berkenaan kecelaruan dalam masyarakat untuk memanggil orang yang sepatutnya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Persoalan yang diutarakan juga adalah bahawa setiap bidang mempunyai pakar tertentu dan setiap masalah haruslah kembali kepada pakar bidang tersebut.