Fattabiouni – Menghormati Kerjaya

Fattabiouni – Menghormati Kerjaya

Episod Fattabiouni kali ini berkongsi kepentingan dan kelebihan menghormati kerjaya yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Fattabiouni adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Ikutilah Daku”. Rancangan tazkirah pendek dalam Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Shaikh Mohammed Bin Abdul Rahman Al-Saggaf ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman penonton. Kandungan tazkirah ini menjurus kepada sunnah Nabi Muhammad SAW dalam segala aspek kehidupan yang patut kita contohi. Tazkirah yang mudah, ringkas dan menarik ini memberi banyak informasi untuk diamalkan oleh setiap insan.

Sebarang usaha atau kerja yang dilakukan demi keluarga dan masyarakat adalah kerja fisabilillah. Jihad tidak terhad kepada peperangan sahaja. Setiap perkhidmatan yang dilaksanakan untuk membantu masyarakat juga adalah jihad.

Setiap kerjaya mempunyai peranan masing-masing terhadap masyarakat. Kita janganlah memandang rendah kerjaya lain seperti tukang paip, tukang cuci dan sebagainya. Malahan kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana telah memelihara kebersihan dan keselesaan hidup masyarakat. Setiap kerjaya ini saling melengkapi antara satu sama lain. Nabi Muhammad SAW sendiri mengambil upah sebagai pengembala kambing sebelum menjadi seorang peniaga. Bahkan Baginda sentiasa membantu kerja-kerja di rumah seperti yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah R.A.

Allah SWT menyukai orang yang melaksanakan kerjanya dengan bersungguh-sungguh, tidak menangguhkan kerjaya serta berusaha melaksanakan amanah yang diberikan.