Fattabiouni – Menepati Janji

Fattabiouni – Menepati Janji

Episod ini membincangkan tentang kepentingan menepati janji dan bagaimana Nabi S.A.W berpegang teguh dan menepati janji baginda. Pentingnya menepati janji haruslah diketahui ramai.

Fattabiouni adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Ikutilah Daku”. Rancangan tazkirah pendek dalam Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Shaikh Mohammed Bin Abdul Rahman Al-Saggaf ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman penonton. Kandungan tazkirah ini menjurus kepada sunnah Nabi Muhammad SAW dalam segala aspek kehidupan yang patut kita contohi. Tazkirah yang mudah, ringkas dan menarik ini memberi banyak informasi untuk diamalkan oleh setiap insan.

Memperkotakan janji sangat berkait rapat dengan keimanan seseorang. Kegagalan untuk menepati janji menjadikan seseorang itu jatuh ke dalam golongan yang munafik. Tiga ciri-ciri orang munafik ialah apabila berbicara dia bohong, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya dan apabila berjanji dia memungkirinya. Rapuhlah Islam sekiranya umatnya banyak yang munafik dan tidak mengikut ajarannya.

Nabi Muhammad SAW sangat berpegang kepada janji walaupun perjanjian itu dibuat dengan kaum Musyrikin. Baginda tidak mahu perjanjian yang telah dibuat dimungkiri oleh pihak Baginda sendiri. Sekiranya kita gagal menepati janji, sekurang-kurangnya kita hendaklah menghormati dan meminta maaf dengan penuh adab. Gunakan teknologi yang ada seperti telefon, mesej atau emel untuk memaklumkan kegagalan kita dalam menepati janji tersebut. Jika kita tidak memaklumkan kegagalan kita menepati janji, kita akan mendatangkan kesusahan malahan berkemungkinan kemudaratan kepada pihak lain.

Kesimpulannya, umat Islam haruslah menjadi umat yang sangat menepati janji. Janji yang dibuat bukanlah sesuatu omongan kosong yang hanya senang diperkatakan. Apabila berjanji, menstilah menjadikan janji tersebut kenyataan kerana ia membawa kesan yang amat hebat keatas orang yng dijanjikan itu.