Fattabiouni – Menangani Sihir

Fattabiouni – Menangani Sihir

Episod Fattabiouni kali ini membincangkan tentang kisah penyihiran di zaman Nabi S.A.W dan bagaimana ajaran sunnah baginda dalam menangani sihir.

Fattabiouni adalah perkataan di dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Ikutilah Daku”. Rancangan tazkirah pendek dalam Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Shaikh Mohammed Bin Abdul Rahman Al-Saggaf ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman penonton. Kandungan tazkirah ini menjurus kepada sunnah Nabi Muhammad SAW yang dalam segala aspek kehidupan yang patut kita contohi. Tazkirah yang mudah, ringkas dan menarik ini memberi banyak informasi untuk diamalkan oleh setiap insan.

Di dalam dunia ada unsur baik dan unsur jahat. Sihir adalah di antara unsur jahat yang telah wujud sejak zaman dahulu. Sihir menyebabkan masyarakat dipenuhi dengan hasad dengki, pergaduhan dan pertelingkahan.

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah diuji apabila disihir melalui helaian rambutnya. Baginda memohon kesembuhan dengan penuh tawaduk daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan amalan-amalan yang perlu dilakukan untuk menghindarkan diri dari sihir.

Apabila seseorang merasa dirinya disihir, perkara utama yang perlu dilakukan ialah berdoa kepada Allah. Kemudian amalkan membaca Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq , Surah An-Nas. Surah Yunus Ayat 81 dan Surah Taha Ayat 89. Perubatan rukyah tidak berkesan jika tidak berasa yakin terhadapnya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa yakin kepada Allah dan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadith.