Istiqamah di jalan yang benar

Muhasabah Diri – Istiqamah di jalan yang benar

Episod Muhasabah Diri kali ini membincangkan tajuk Istiqamah di jalan yang benar.

Muhasabah Diri merupakan program tazkirah pendek berdurasi 10 minit yang mengajak penonton untuk bermuhasabah diri dengan menginsafi setiap perkara yang telah dilakukan, sama ada baik atau sebaliknya. Tazkirah kali ini bertajuk “Istiqamah di jalan yang benar” dan disampaikan oleh saudara Syarul Azman Shaharuddin.

Istiqamah bermaksud berterusan dan berpendirian teguh terhadap perkara yang dikehendaki. Kita hendaklah sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ibadah, pekerjaan dan kehidupan seharian. Istiqamah dalam melakukan perkara yang kecil akan memberikan impak yang lebih besar dan berpanjangan. Dalam melaksanakan ibadah dan memperbaiki diri secara istiqamah setiap hari, manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berdoa memohon petunjuk agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah.

Nabi Muhammad telah memberikan contoh yang terbaik terbaik tentang istiqamah. Baginda menyebarkan dakwah secara berperingkat dan istiqamah. Baginda juga turut diuji dengan penentangan oleh kaum Musyrikin sepanjang dakwah baginda.

Di dalam institusi kekeluargaan, kita disarankan agar memberi tarbiyah kepada ahli keluarga sedikit demi sedikit secara istiqamah. Langkah ini memberi impak yang lebih berkesan dan berpanjangan. Di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman di dalam Surah Hud ayat 112 menekankan kepentingan berpegang teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul.