Islam Itu Mudah

Dikir Zikir – Islam Itu Mudah

Dikir Zikir pada episod kali ini menampilkan tetamu istimewa iaitu Ustaz Ismat yang merupakan konsultan yang membangunkan modul “Hospital Mesra Ibadah” dan kumpulan Nasyid Nowseeheart. Topik pada kali ini adalah berkenaan Islam itu Mudah. Antara yang dikongsi adalah tentang hospital yang mesra Ibadah. Rancangan berbentuk hiburan sambil usrah ini amat sesuai ditonton oleh golongan belia kerana paparannya berbentuk hiburan Islamik.

Dikir Zikir musim ke tujuh episod 11 ini memaparkan persembahan secara santai tazkirah mengenai Islam itu Mudah serta persembahan lagu-lagu nasyid yang bertemakan keagungan Tuhan dengan menjemput Ustaz Ismat dan kumpulan nasyid Nowseeheart. Dalam episod ini, Ustaz Ismat telah menjelaskan penglibatannya di dalam membangunkan modul latihan Hospital Mesra Ibadah bagi melahirkan kesedaran di kalangan jururawat, pesakit, pengurusan hospital serta doktor. Diantara modul latihan yang diberi penekanan ialah kaedah memberi rawatan kepada pesakit yang berlainan jantina, aurat lelaki dan perempuan, pengambilan wudu’ dan cara-cara menunaikan solat di hospital berdasarkan kaedah rukhsah dan darurah.

Dalam pada itu, kumpulan Nowseeheart telah menyampaikan beberapa buah lagu nasyid yang bertemakan ketuhanan.
Ustaz Dini pula telah menyampaikan dua buah sajak yang juga menyentuh tentang keagungan Tuhan. Persembahan yang santai dan bersahaja ini masih bercirikan perkongsian ilmu yang menarik disertakan hiburan.