Muhasabah Diri – Hanya padaMu kami berserah

Muhasabah Diri – Hanya padaMu kami berserah

Episod Muhasabah Diri kali ini membincangkan tajuk Hanya padaMu kami berserah.

Muhasabah Diri merupakan program tazkirah pendek berdurasi 10 minit yang mengajak penonton untuk bermuhasabah diri dengan menginsafi setiap perkara yang telah dilakukan, sama ada baik atau sebaliknya. Tazkirah kali ini bertajuk “Hanya padaMu kami berserah” dan disampaikan oleh saudara Izzat Fathi Hisham.

Setiap insan pasti mempunyai tempat bergantung harap kepada insan lain. Sehingga ada kalanya, jiwa manusia menjadi kosong apabila mereka merasakan tiada insan lain yang boleh diharapkan untuk membantu mereka. Sedangkan mereka lupa bahawa Allah adalah tempat bergantung harap yang utama, sedangkan Allah SWT tidak pernah melupakan manusia. Setiap nikmat yang dikecapi manusia, adalah pemberian daripada rahmat Allah SWT. Setelah manusia berusaha, segala yang berlaku kepada hidup kita adalah takdir Allah. Hidup ini segalanya adalah pemberian Allah. Apabila kehidupan manusia disandarkan kepada Allah, hidup akan lebih tenang dan sejahtera. Kebergantungan kepada Allah ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 131.

Sekiranya jiwa seseorang insan itu tidak tenang, muhasabah semula diri. Seluruh urusan kehidupan insan mulai daripada saat ia boleh berfikir, akil baligh dan sehingga dewasa perlu disandarkan kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan tidak baik untuk hamba-Nya. Apabila kita bergantung harap dan berserah diri kepada Allah, hidup akan jadi lebih tenang dan memperolehi redha Allah.