Gresik Pusat Penyebaran Islam

Titian Ombak – Gresik Pusat Penyebaran Islam

Titian Ombak musim ke -2 Episod 11 memaparkan kesan sejarah perkembangan Islam di Gresik, Jawa Indonesia. Pengacara program dokumentari sejarah perkembangan Islam ini adalah Diana Amir. Diana Amir cuba menelusuri sejarah  zaman
Sunan Giri serta penglibatan beberapa orang individu lain seperti Siti Fatimah Maimun dan Malik Ibrahim.

Oleh itu, dipaparkan makam Sunan Giri yang dikelilingi oleh beberapa makam lain seperti Sunan Prapen, pembinaan masjid di pucak Kedaton dan makam Siti Fatimah Maimun. Sunan Giri amat terkenal di dalam penyebaran agama Islam di Indonesia. Beberapa profil Sunan Giri juga diperjelaskan di dalam program ini.

Siti  Fatimah Maimun atau juga dikenali sebagai Puteri Retno Suwari  adalah seorang wanita yang telah mengislamkan raja Majapahit yang beragama Hindu pada ketika itu. Tokoh ini begitu penting di dalam penyebaran Islam di Jawa. Selain daripada makam Siti Fatimah Binti Maimun, dipertunjukkan juga makam pengikut-pengikut beliau.

Muzium Sunan Giri pula menyimpan beberapa artifak Islam seperti Al Quran tulisan tangan.  Muzium yang dirasmikan pada tahun 2003 ini menyimpan pelbagai artifak kurun ke 15  yang unik. Artifak-artifak ini diperolehi di kompleks Sunan Giri.  Peninggalan Sunan Giri tidak terbatas oleh objek fizikal.  Beberapa karya seni tradisional Jawa juga ada di muzium ini. Wali Songo pertama, Malik Ibrahim juga telah terlibat secara langsung mengembangkan Islam di tanah Jawa tersebut.