Dokumentari Tilawah Al-Quran

Dokumentari Tilawah Al-Quran

Dokumentari Khas Tilawah Al-Quran memaparkan sejarah dan perkembangan Majlis Tilawah Al Quran di negara ini khususnya di peringkat kebangsaan. Berdasarkan temubual dengan Ketua Pengarah Jakim sekarang, jelas menunjukkan bahawa majlis tahunan ini telah mengalami banyak perubahan dan penambahbaikan dari aspek penganjuran, penghasilan qari dan qariah serta kualiti penyiaran.

Majlis ini telahpun dimulakan semenjak 1947 sehinggalah sekarang. Pelantikan dan pemilihan para juri telah dilakukan dengan teliti berdasarkan kemahiran dan kepakaran masing-masing. Episod ini turut memaparkan perkongsian pengalaman bekas johan Qari dan Qariah. Mereka perlu mengikuti latihan lontaran suara dan kaedah tarannum. Penganjuran majlis tahunan tilawah ini telah melahirkan ramai qari dan qariah serta mendapat pengiktirafan dari Negara-negara Islam.