Cinta Masjid

Soal Wanita membawa Penonton lebih dekat mengenali fungsi Masjid dalam episod ini. Bukan hanya tempat ibadah, Masjid Negara merupakan destinasi yang wajib dikunjungi penggunjung seluruh dunia dengan keunikkan rekabentuknya dan pelbagai aktiviti dilakukan dalam serta perkarangan Masjid Negara ini.

Paparan Istimewa kisah salah seorang penggunjung Masjid Negara yang datang merantau jauh dari bumi Eropah yang merupakan aktivis politik dan juga seorang wartawan. Insan luar biasa ini dilahirkan tidak sempurna namum semangatnya demi Islam sangat kami sanjungi.