Istimewa Aidilfitri

Istimewa Ramadan

AKIDAH & FALSAFAH

FIQH WANITA

FIQH SYARIAH

MEDAN FATWA

CELIK HADITH

tanda-tanda kiamat

Tassawuf Harian Musim 5

Tassawuf Harian Musim 4

Tassawuf Harian Musim 2

Tassawuf Harian Musim 1

CInta Ilmu adalah sebuah rancangan yang membincangkan dan menjawab persoalan serta kemuskilan agama bersama-sama Ustazah Isfadiah, Ustaz Badli Shah Alauddin, Ustaz Harryanto, Ustaz Zulkifli dan Ustaz Mohd Syed Norhisyam Al-Idrus.

Tasawwuf Harian yang dikendalikan oleh Ustaz Zulkifli membincangkan pelbagai topik yang berbeza . Bermula dengan definasi tasawwuf, dalil kewujudan Allah, keyakinan terhadap janji tuhan, muhasabah korban, persoalan hijab, kelebihan uzlah, kerugian jiwa, nilai amalan, keistimewaan Rasulullah SAW, cita-cita yang tinggi dan pelbagai tajuk lain telah dikupas secara terperinci oleh beliau. Ustaz Zulkifli juga membincangkan tajuk berkenaan fatwa di dalam CInta Ilmu Medan Fatwa.

CInta Ilmu Aqidah & Falsafah Kelolaan Ustaz Badli Shah Alauddin membincangkan tajuk berkenaan hari kiamat berdasarkan buku Rahsia Kematian Alam Akhirat dan Kiamat. Penonton akan diperingatkan dengan perkara-perkara berkaitan hari akhirat seperti proses dan suasana di hari kebangkitan, padang Mahsyar, tiupan sangkakala, buku catatan amal, syafaat, nama-nama kiamat, telaga Al-Kauthar, neraca Al-Mizan,Siratal Mustaqim, syurga , neraka serta malaikat.

Ustazah Isfadiah akan membincangkan tajuk yang mengkhusus kepada An-Nisa’ (wanita). Ia disesuaikan dengan permasalahan wanita masa kini. Di antara topik yang dibincangkan bersama penonton adalah terjemahan tafsir Al-Quran berkaitan wanita serta sirah berkaitan wanita. Beliau juga menjelaskan isu berkenaan institusi kekeluargaan seperti hubungan mertua dan menantu, ibu dan anak susuan, anak angkat, edah, tuntutan muta’ah, penyusuan anak dan wasiat buat para isteri. Selain itu, Ustazah Isfadiah juga mengupas perkara berkaitan membazir amalan syaitan, memuliakan tetamu, ibadah puasa, perhiasan wanita dan qisas. Banyak lagi tajuk-tajuk menarik yang dibincangkan Ustazah Isfadiah bersama-sama penonton CInta Ilmu Fiqh Wanita.

Ustaz Harryanto menjawab persoalan penonton berkaitan fiqh syariah. Penonton diperjelaskan berkenaan tanggungjawab ibu dan bapa dan anak-anak serta isu halal dan haram dalam pelbagai aspek. Di antara aspek yang dikupas adalah berkenaan malang, adat tradisi jahiliyah, khurafat, tangkal, hiburan, sukan, hubungan silaturrahim, rasuah, pembaziran dan bunuh diri. Di samping itu, Ustaz Harryanto juga berkongsi zikir dan doa yang dapat diamalkan penonton dalam urusan seharian.

Di dalam Cinta Ilmu Celik Hadith kelolaan Ustaz Mohd Syed Norhisyam Al-Idrus, penonton akan diperjelaskan secara terperinci berkenaan hadith-hadith berdasarkan Koleksi 40 Hadith Imam Nawawi.

Banyak ilmu bermanfaat yang boleh diperolehi penonton daripada siri Celik Ilmu ini. Jangan lupa untuk menyaksikannya melalui alhijrahmedia.com.