Cerai Cara Baik, Ada Jalan Ke

Cerai Cara Baik, Ada Jalan Ke

Khidmat Syariah musim ke lapan dan episod 10 ( Cerai cara baik)  ini memaparkan tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Mohd Kori Jusoh, (JAWI), Prof Datin Noor Aziah (UKM) dan Dr. Mohd Naim Mokhtar (JKSM) membincang dan memberi pandangan berdasarkan aspek perundangan dan syariah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh penonton khususnya penggunaan peruntukan Seksyen 47: Peceraian Dengan Persetujuan Bersama.

Ahli panel menjelaskan bahwa seksyen ini bukanlah bermaksud untuk mempermudahkan perceraian, tetapi bertujuan supaya pihak suami melafazkan cerai ke atas isterinya dengan baik di mahkamah atas dasar persetujuan bersama setelah mahkamah berpuas hati kedudukan isteri pada masa itu serta mengambil kira hak isteri dan anak selepas perceraian mereka. Kelewatan mahkamah menyelesaikan tuntutan perceraian seperti mana dakwaan pihak-pihak yang memfailkan perceraian di bawah Seksyen 47 adalah kerana pihak isteri tidak mengetahui aspek perundangan atau masih mahu mengekalkan tuntutan di bawahseksyen berkenaan walaupun mereka boleh mengubah tuntutan di bawah seksyen lain seperti Seksyen 50 (Ta’liq) atau Seksyen 52( Fasakh).

Ketiga-tiga ahli panel telah memberi penjelasan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Puan L, Puan N dan Puan Rohana berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan kaedah syariah termasuk beban membukti kepada pihak yang menuntut. Ahli panel juga membangkitkan banyak kes tuntutan di mahkamah, pihak
pengadu gagal mengemukakan bukti.