Muhasabah Diri – Bagaimana hidupku

Muhasabah Diri – Bagaimana Hidupku

Episod Muhasabah Diri kali ini membincangkan tajuk Bagaimana Hidupku.

Muhasabah Diri merupakan program tazkirah pendek berdurasi 10 minit yang mengajak penonton untuk bermuhasabah diri dengan menginsafi setiap perkara yang telah dilakukan, sama da baik atau sebaliknya. Tazkirah kali ini bertajuk “Bagaimana Hidupku” dan disampaikan oleh Izzat Fathi Hisham.

Bagaimana Hidupku membincangkan pilihan cara hidup yang diamalkan oleh seseorang Muslim. Adakah kita menjalani kehidupan seharian berlandaskan syariat Islam atau sebaliknya? Setiap insan mempunyai banyak pilihan dalam kehidupan. Umat Islam perlu memilih untuk mengamalkan cara hidup yang telah digariskan di dalam Islam.

Allah menyeru orang yang beriman supaya patuh kepada suruhan dan perintahnya serta tidak tunduk kepada bisikan syaitan. Seruan ini tercatat di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 208. Kita perlu mematuhi hukum-hakam yang telah ditetapkan Allah dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam pemakaian, pemakanan, pergaulan serta ibadah seharian.

Seorang muslim perlu memulakan amalan Islam dengan dirinya sendiri . Amalan ini berpandukan dua sumber seperti yang telah diamanatkan oleh Rasulullah SAW iaitu Al-Quran dan hadis. Apabila seorang muslim telah mengamalkan cara hidup Islam, seterusnya membentuk anak-anak dan keluarga dengan didikan Islam di rumah. Dari situ, ia akan membawa kepada pembentukan masyarakat Islam yang sejahtera dengan mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh.

Bagaimana hidupku? Muhasabah diri kita semula adakah kita telah mengamalkan cara hidup seorang muslim seperti yang telah digariskan Allah SWT.